❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Ada apa sebenarnya.


Bismillah.
Aku tak tahu kenapa, tapi dengan kau, rasa lain. Maksud aku, aku nak rapat dengan kau, tapi bila kau cuba dan aku pun mencuba, perbualan kita jadi sedikit awkward. Tapi seronok sebab aku dapat nampak kau pun awkward sama dengan aku kahkah. Dan dengan lawak kau yang aku layankan saja, aku jadi seronok berbual dengan kau. Dan ada masa juga, aku macam keliru, kau benar-benar maksudkan benda tu atau kau saja-saja buat begitu? Sudahnya aku berlagak seperti biasa. Dan kau pun, sama saja. Bila masing-masing takut ada yang tersalah faham, atau ada yang terlebih, salah satu akan senyap saja hingga timbul perbualan yang lain.

Kita kenal dah lama. Sejak aku dan kau masih di bangku sekolah, cumanya masa tu kenal yang gitu-gitu je (sekarang pun sama sebenarnya). Cuma macam mana entah, aku pun pelik. Dan sampai sekarang pun, kalau kita berbual, memasing tak akan guna kata ganti nama. Walaupun bila berbual dekat wasep. Ini paling kelakar. Sebab awkward? Gahaha.

(Dan aku masih tak boleh lupa betapa comelnya kau masa mintak nombor aku dulu).

Kau ni, macam magnet. Menarik besi, tapi bila ada magnet yang sama kutubnya, kau menolak. Ya kheir. Aku pun hormatlah privasi kau. Walaupun sebenarnya hati ni membuak nak tahu apa yang dah jadi pada kau. Tapi ya, kau siapa dan aku siapa. Siapa aku pun pada kau. Dalam hati aku berharap kau kuat, tak lembik.

Seronok aku tengok posting kau sana sini. Kau yang aku kenal selalu ceria dalam posting. Walaupun dalam dunia sebenar kau masih pendiam dan evil-looking kahkah. Masih kekok bila bercakap, tapi ya kheir. Itulah kau.

Dan aku?
Sedikit berharap pada kau. Eh tak, sebenarnya tanpa aku sedar, harapan aku pada kau menggunung. Memandangkan kau nun jauh di sana dan aku masih di sini, besar harapan aku agar nanti kau ke mari dengan semangat dan ilmu yang baru. Macam yang kau selalu kata, kita semua perlukan masa. Sebab memang, dekat atau jauh memang bukan kayu ukurnya.

Kau dan aku, ada apa sebenarnya?
Kenapa ada masa kita macam rapat betul? Dan ada masa macam awkward betul? Aku sendiri tak tahu, dan tak ada jawapan untuk itu. Tapi tak apalah, mungkin perkara ini tidaklah begitu besar untuk difikirkan. Banyak lagi perkara lain yang lebih besar yang perlu diselesaikan.

Kau dan aku, ada perjuangan yang tersendiri. Aku di sini, dan kau di sana. Mungkin aku bukan sesiapa, cuma sekadar kenalan kau, tapi ya, tinggi harapan aku pada kau. Jadi kau, jangan kalah. Terus jalan. Siapa pun kau akan jadi nanti, dan siapa pun aku nanti, harus kuat.

- - - 

Dan aku pun sebenarnya, tak yakin yang kau akan baca entri ni. Tapi tak apalah, aku tulis untuk aku tenang. Andai saja kau yang aku maksudkan ni baca, tolonglah faham yang aku maksudkan ni; kau. Oh ya, bila kau kata kau suka stail aku bercakap dan tulisan, sebenarnya aku lebih suka kau punya. Sebab aku punya berterabur. Barai weh, barai.

Dan lagi sekali, kau pernah ke dengar aku bercakap? Atau kau maksudkan bercakap di alam maya? Dan tulisan? Tulisan tangan.... atau penulisan? Brr.

Hahaha nampak tak. Okbai.

- - -

Mungkin ada yang tak faham. Dan aku pun tak tahulah ada atau tak faedah yang patut orang lain ambil dari entri kali ni (rasa macam tak ada langsung). Maaflah sebab ambik masa baca entri merapu ni. Cuma nak mintak, doakan aku kuat semangat.

- - - 

Aku nak tanya soalan ni dekat kau lama dah, cuma malu nak tanya. Jadinya aku nak tanya kat sini. Dan aku agak berharap kau akan jawab soalan ni, dekat tempat yang aku boleh baca bila aku cuti lagi nanti.


Kau rasa, aku ni siapa pada kau?


- - -



Yang akan merindui kau,
Adawiyah.
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.