❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Judgement




Bismillah.
Kita memang tak boleh lari dari menghukum.  Even nak beli buku pun, benda pertama kita tengok mesti design cover dia. Lepastu tajuk dia. Kalau menarik baru kita pergi dekat buku tu, belek dia, tengok siapa penulisnya apa semua. Bagaimana gaya penulisannya. Semua tu kau ambil kira.


Dalam hidup kita pun lebih kurang begitu. Kau nampak si fulan. Yang membuatkan kau tertarik untuk melihat dia itu pakaiannya. Atau mungkin wajahnya. Atau mungkin gaya percakapannya. Yang membuatkan kau tetap mendengar pidato orang itu adalah petah bicaranya.


Kerana semua perkara itu ada sebabnya. Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Cuma sebab-sebab yang muncul itulah menunjukkan keadaan hati dan fikiran kau.


- - - -


Kau lihat dia biasa biasa. Tak baik sangat macam orang masjid, dan tak jahat pun sampai tinggal solat. Dia biasa biasa. Tapi tetiba dia datang dekat kau, seakan membawa satu hajat dan bebanan yang sangat berat.
Kau pun cubalah korek apa benda yang dia nak cerita. Dan akhirnya dia bagitahu masalah dia. Bukan masalah dengan orang. Bukan masalah mak ayah. Bukan masalah keluarga.
Tapi masalah porno.



Agak-agak, apa reaksi kau?



- - - -


Sebelum tu biar aku ceritakan satu kisah ni.

Pernah satu malam, rumah Al Habib Ali bin Abdurrahman Al Habsyi diketuk oleh seseorang yang bermaksud mengundang beliau untuk menghadiri majlis doa selamat. Setelah dibukakan pintu oleh isteri Al Habib Ali, orang tersebut menyampaikan maksud kedatangannya untuk mengundang Habib ketika itu juga.


"Maaf, Habib sedang kurang enak badan, ketika ini beliau sedang tidur." Ujar isteri Al Habib Ali.


Dengan jelas penuh simpati sekali lagi orang itu memohon, "Tolong Sharifah, para undangan sudah mulai bertandang ke tempat saya dan tak ada satu ustaz pun yang mahu menghadiri majlis itu."


Belum sempat isteri sang Habib itu menjawab, tiba-tiba Habib dengan pakaian lengkap berdiri di belakang isterinya dan mengajak si pengundang itu berangkat menuju ke lokasi.


Dipendekkan cerita, Habib pun memimpin bacaan maulid dan menyampaikan tausiyyah (ceramah). Kemudian tiba acara penutup iaitu makan bersama, dan hidangannya adalah nasi putih dan lauk belut goreng. Habib terkejut kerana beliau sangat tidak suka dengan belut. Tapi demi menjaga hati tuan rumah, maka Habib pun berkata dengan santun,
"Wah, menunya lazat sekali. Hingga saya jadi teringat isteri dan anak-anak saya. Maaf pak, apa boleh makanan saya ini dibungkus dan dibawa pulang agar saya boleh memakannya bersama keluarga di rumah?"


Tuan rumah yang menyangka Habib sangat suka dengan belut itu pun membungkuskan belut goreng dan nasi untuk Habib.
Keesokan harinya ketika matahari belum pun sempat menampakkan sinarnya, terdengar ketukan pintu di rumah Habib. Lalu Habib oun membuka pintu. Ternyata yang mengetuk pintu adalah lelaki yang mengundang Habib semalam.


"Maaf Habib, nampaknya Habib dan sekeluarga sangat menyukai belut. Kebetulan saya pedagang belut. Sebagai tambahan ucapan terima kasih saya dan keluarga atas kehadiran Habib semalam, kami memberikan sekadar lauk untuk Habib sekeluarga."


Kata orang itu sambil menyerahkan sejumlah besar belut segar. Habib hanya mampu kebingungan melihat tetamunya itu. Dengan menampakkan senyum gembira Habib pun menerima pemberian itu sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali.


- - - -


Kau nampak tak adab dan hikmah Habib? Benda tu Habib tak suka. Tapi kau tengok, akhlak orang berilmu bagaimana. Orang tu tak terasa pun dengan Habib. Inilah adab dan akhlak baginda. Kau ingat kisah wanita yang bagi baginda limau yang sangat masam? Sahabat pelik kenapa baginda tak kongsi dengan mereka. Rupanya sebab limau tu masam yang amat. Tapi Nabi makan lek je. Boleh senyum lagi. Macam nikmat betul. Padahal masam. Kau boleh bayang tak punya nak jaga hati orang.


Kau mampu buat cemtu?
Aku tak.




Ok balik pada kisah atas tadi. Kalau ada dia yang datang pada kau menceritakan masalah dia (masalah porno tadi). Apa reaksi kau?


Dia nak berubah. Dia perlukan bantuan. Dia dah hanyut. Dia tak kuat. Kalau kau terus menghukum, marah dia mengatakan itu dosa dan segala, kalau kau dekat tempat dia, apa kau rasa?

Even kalau kau balas sebaik mungkin pun waktu tu, adakah persepsi kau dan layanan kau pada dia masih sama?


- - -


Cubalah bersikap tenang. Hikmah dalam segala hal. Kau marah marah pun, fikir balik, patut ke kau marah? Adakah dengan marah tu, masalah tu selesai? Adakah dengan marah tu, menjernihkan lagi keadaan?

Fikirlah sendiri. Aku percaya orang orang yang baca entri aku ni cukup bijak untuk menilai.
Latihlah diri untuk tenang. Percayalah, segala keputusan yang kau buat waktu kau sedang marah akhirnya akan buat kau sendiri menyesal. Jadi bila rasa nak marah, sabarlah, tenanglah. Tenangkan emosi dan fikiran. Bila dah tenang baru kau boleh berfikir dengan waras.


Macam mana nak tenangkan diri? Walaweh. Kau kenal diri kau macam mana. Kalau rasa berada di situ membuatkan kau lagi rasa nak marah, maka pergilah dari situ. Pergilah ke tempat tempat yang menenangkan. Atas bukit ke. Lepak sekejap dekat surau atau masjid ke. Kalau rasa nak mengamuk lagi pergilah mandi lepastu pergi tidur. Nak marah jugak baik kau pergi mati je baran sangat kenapa haha k tak.


Pandai pandailah kawal emosi. Ambik wudhu' ke. Mengaji satu juzu' ke. Pergi jogging ke kan. Pergi makan cendol dengan abc tepi jalan ke kan. Buatlah apa-apa yang berfaedah dan membantu. Tenang tenangkanlah hati dan fikiran tu.


Balik pada tadi, aku cuma nak cakap,  kita memang takkan lari daripada judgement. Cuma jangan melabel terus pada semua je dahlah. Sedangkan ahli keluarga kita sendiri pun kita tak kenal sepenuhnya, apatah lagi kawan kita sendiri betul tak. Jadi serahkanlah soal menghukum ini pada Dia yang Maha Mengetahui.


Kita manusia menghukum pun hanya pada yang kita nampak dan kita tahu. Tetap jua sebaik-baik hakim adalah Dia. Jadi kesimpulannya, sangka baik dan bersikaplah dengan adil dan hikmah.


Kau lihat dia begitu istiqamah dengan maksiatnya itu. Tapi ada masa dia tak buat. Tapi kemudian dia buat lagi. Dah tahu dia jatuh tu pergilah tolong dia. Kau sendiri tak tahu berapa lama karat jahiliah tu dah tertanam dalam diri dia. Kau tak tahu dia dan karat tu dah sebati bagaimana. Tapi kau tahu dia nak get rid of that thing cuma ada masa dia tersungkur. Kau yang nampak tu, bantulah.


Nampak dia duduk sensorang termenung tu, pergilah dekat dia bantu dia bagi semangat ke nasihat dekat dia. Slowtalk lah dengan dia. Walaupun kau tahu kau bukanlah seorang yang pandai sangat pun dalam bercakap, tapi usaha je lah. Benda kalau kau cakap dari hati, akan sampai ke hati juga. Kekadang dalam proses kita bantu orang ni, ia bantu kita untuk bantu diri sendiri. Kita bantu orang, Allah bantu kita.


Ingat selalu, setiap orang, tetap ada fitrah kebaikan dalam diri dia. Cuma mungkin ego. Mungkin malu. Mungkin tidak tahu. Tugas kitalah untuk menarik mereka. Usaha semampunya untuk ummat ini.


Demi Allah dan Rasul-Nya, teruslah mengajak pada kebaikan kerana kita tidak tahu pada ajakan kita yang ke berapa Tuhan jentik hatinya untuk berubah.


Kuatlah, kerana Allah.


- - - -


Minta maaflah macam berbelit sikit kalini. Tapi aku harap kau fahamlah pebenda yang aku cuba nak sampaikan.


Btw esok (Isnin) aku nak kena balik pondok dah. Macam biasalah, kalau ada salah silap tu, minta maaf ye. Kalau ada benda tak puas hati ke apa ke bagitahulah. Kita settle leklok. Nak marah ke apa habaq mai je ok. Aku ok je takdehal.


Em em lagi satu... Doakan aku eh? Tak mintak otak fotostet macam Badiuzzaman Said Nursi, atau otak cerdik macam Albert Einstein (tak tahu betul ke tak eja nama tu), cuma mintak semangat yang tinggi dalam belajar.


Otak cerdik tapi takde semangat nak belajar pun sama je en. Jadi takpelah, doakan aku kuat semangat je ok. Terima kasih buat insan insan istimewa yang selalu doakan aku, selalu tolong aku bagi semangat, tolong aku mencari jawapan dan segala. Terima kasih.


Macam ucapan perpisahan dah hahaha kkkk dah dah. Doakan aku ye. Terima kasih.
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.