❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Disclaimer



Bismillah.
Assalamua'alaikum wbt, hai.
Jadi di sini saya akan kongsikan sedikit biodata mengenai diri saya. Cukuplah kalian tahu yang asas sahaja. Nak tahu lebih lagi misalnya, boleh tanya saya sendiri.

 Nama: Adawiyah binti Md Hazali.
 Nama panggilan: Ada / Wiyah.
 Umur: 18 tahun (2016)
 Tarikh lahir: 7 Oktober.
 Sekolah: Pondok Moden.
 Murabbi/ah tercinta: Ustaz Fadzil bin Hj. Ismail, Ustazah Khairiyyah bt. Hj. Museni.
 Hobi: Membaca buku, menulis, menyanyi.
 Cita-cita: Hafizah yang ada syahadah, alimah, pendidik, doktor pakar falsafah, doktor pakar psikologi, penulis, pemberi inspirasi, graphic designer, photographer, ... and the list goes on.
 Idola: Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah Az-Zahrah Al-Batul, Rabi'ah Al-Adawiy, HAMKA, dan lain-lain.
 Musik kegemaran: Qasidah Qad Kafani, Qasidah Ya 'Ashiqal Mustafa dan Qasidah Muhammadiyyah (Baitul Qurro').
 Warna kegemaran: Hijau epal, hitam, putih, coklat tanah, biru langit.
 Feveret Quotes:

"Telah cukup bagiku pengetahuan Tuhanku (mengenai diriku) daripada aku meminta dan memilih."


Rasanya cukup dahulu setakat itu. Perlu saya peringatkan, entri di blog ini tiada pengkhususan yang khusus. Tidak merujuk kepada si fulan mahupun si fulan. Cerita di dalamnya juga sekadar rekaan, melainkan yang saya nyatakan cerita itu adalah ceritera kehidupan saya. Dan perlu juga saya kembali peringatkan, saya ini manusia biasa. Segala salah dan silap, mohon, segera ditegur.

Mohon maaf juga atas segala kekurangan, terlebih dan sebagainya. Terima kasih atas segala sokongan, bantuan, dorongan dan doa yang kalian berikan untuk saya selama ini. Sungguh saya tidak mampu untuk membalasnya. Cukuplah Tuhan menjadi saksi betapa saya sangat mengharapkan agar jasa baik kalian diberikan balasan yang baik oleh Tuhan.

Dan kepada sesiapa yang mempunyai nombor saya, dan ingin hubungi saya melalui wasep (baca: whatsapp), awal-awal saya beritahu, saya jenis jarang yang amat buka wasep. Misal kata dihantar wasep harini, kemungkinan besar dua tiga hari selepas itu, atau bisa jadi minggu depannya baru saya balas. Bukan niat saya untuk membiarkan kalian tertunggu-tunggu. Tapi terkadang memang handphone saya tidak ada di tangan saya. Tambah bila dah masuk pondok, handphone tu memang jadi pekasam saja di rumah. Harap semua faham, ya. Semoga kalian sabar. Aherher.

Apa pun terima kasih.
Kerana sudi bersabar dengan saya.

Sekian, terima kasih.
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.