❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Long-distance.

Bismillah.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku masih selalu teringat pada arwah atuk. Mungkin sebab aku rapat dengan dia, gelak ketawa gurau senda semua dengan dia. Pergi sekolah balik sekolah tiap hari dengan dia. Pergi kuliah memana, ajak dia. Cerita semua benda dengan dia. Belajar banyak benda dari dia. Dengar cerita yang pelbagai dari dia setiap hari di beranda rumah tiap petang/malam. Pergi surau sama-sama naik basikal memalam. Petang-petang dengar suara dia mengaji. Takpun nampak dari tingkap bilik atuk tengah korek ubi yang dah masak. Siram tanaman-tanaman atuk. Kadang dengar atuk dengan nenek gelak ketawa, biasalah orang tua-tua.

Indah, tahu?

Dekat pondok, aku ada bacaan ulangan (mukhtar). Maksudnya hafalan yang aku dah lama hafal, kena baca balik tanpa tengok. Bayangkan, tiap hari, aku baca surah Yasin. Wirid lepas Subuh dekat pondok pun ada baca Surah Yasin.

Mungkin mindset aku, asal baca Yasin je, niat untuk sedekah pada arwah-arwah, pada muslimin dan muslimat seluruhnya. Pertamanya mesti aku teringat arwah atuk aku. Tiap kali nak baca Surah tu, mesti, sebak. Tapi buat tak tahu je lah selalunya, takkan nak menangis time tu. Aku dahlah jenis, bila dah ter menangis, susah nak berhenti menangis. Terpulanglah nak kata apa, tapi inilah aku.

Jadinya air mata yang nak keluar tu, aku selalu hold dulu. Qada' waktu malam sebelum lena dibuai mimpi. Tu kalau dekat pondok. Kalau dekat rumah, bahang rindu tu lagi terasa. Pernah je tengah buat tahriri, mata banjir, tapi tangan jalan je menulis.


Bajet tabah je,
padahal...




cengeng.

Entahlah, aku pun taknak lah sedih je. Tapi entah, tiap kali teringat, mesti sebak. Rindu dia tu, Tuhan je lah tahu. Mungkin sebab selama ni, walaupun aku berjauhan dengan dia, tapi aku tahu, dia ada. Aku tahu, bila aku balik rumah, dia ada dekat situ dengan segaris senyuman yang menenangkan. Tapi kali ini, berjauhannya aku dengan dia, melibatkan dua alam yang berbeza.

Mungkin kehilangan yang aku rasai ni tak setara dengan mereka yang kehilangan ayah dan ibu. Ya, aku tak mampu untuk ujian yang semacam itu. Perit. Benar-benar menguji hubungan kita dengan Tuhan bagaimana.

Akhirnya aku pujuk hati sendiri.
"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها"


😃
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.