❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Mencari Tuhan.





Bismillah.
Tujuan utama aku masuk pondok cuma satu, aku nak cari Tuhan. Aku nak kenal siapa yang selama ni aku sembah. Siapa yang selama ni bagi aku makan. Bagi aku oksigen walaupun pada waktu aku sedang nyenyak tidur. Dan aku tahu, dari awal, perjalanan ini jauh. It's endless. Sebab satu-satunya manusia yang benar-benar kenal Tuhan cuma baginda Nabi Muhammad SAW.

Maka kalau nak dapat rasa kasih pada Allah, kena dapatkan dulu rasa kasih pada baginda. Aku teringat kalam Habib Kadzim; "Kalau kamu tahu betapa mendalamnya kasih baginda pada kamu, pasti kamu sanggup pergi menziarahi makam baginda walaupun kamu perlu merangkak."


Sayang,
Aku masih belum dapat sampai ke tahap itu. Untuk menatap wajah baginda walau hanya dalam mimpi juga masih belum pernah. Ah, aku jadi teringat kalam Habib Umar...

"Kalau seorang penuntut ilmu masih belum dapat mimpi Rasulullah SAW dalam masa 40hari dia menuntut ilmu, maka sebenarnya dia masih belum ikhlas (dalam menuntut ilmu)."
Allah. Lutut aku lemah. Rasa nak rebah.
Jauhnya aku. Jauhnya aku dengan baginda. Jauhnya aku dengan Tuhan. Aku selalu malu dengan Tuhan, minta itu ini, tapi masih belum cukup kenal Tuhan. Malu.

Tapi sebab memang Tuhan suka kita minta banyak banyak pada Dia, maka aku teruskan saja meminta itu dan ini tanpa henti. Dengan siapa lagi aku boleh bergantung harap selain pada Dia, kan? Tapi yalah... Hati ini masih belum puas. Kitab tauhid dah ngaji, ada yang dah khatam. Tapi tetap, hati ini masih rasa belum cukup kenal siapa Tuhan aku. Rasa perlu mengaji lagi dan lagi.

Bila aku baca bait-bait qasidah yang dikarang oleh Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad... Aku jadi cemburu. Akrabnya lahai beliau dengan Tuhan. Aku ingin akrab dengan Tuhan sebegitu. Aku ingin rasa manis walau pada saat diuji, kerana yakin semuanya itu datang dari Tuhan. Tuhan pasti takkan menzalimi hamba-Nya. Pasti, dan pasti, ada kebaikan yang ingin Tuhan berikan secara rahsia.

Itu sajalah yang aku pegang selama ni. Jatuh bangun tu perkara biasa. Arus air perjalanan ini deras. Maka tali untuk aku berpaut perlu tebal dan kuat. Aku sendiri harus kuat menggenggam. Tidak boleh walau sekali melepaskan genggaman ini. Kaki harus kuat melangkah. Walau kadang terjelopok, tetap harus melangkah walau perlahan.

Pesan murabbi, yang mafhumnya bermaksud begini,
Dalam perjalanan nak menghafal kalam Illahi ni, syaitan yang datang menggoda bukan syaitan yang biasa biasa. Semua syaitan yang berpangkat jeneral yang datang menggoda. Terutama di bahagian pengkhataman. Syaitan takkan duduk diam. Imam Al-Ghazali rahimahullah sendiri pernah memberitahu ramainya orang Islam murtad pada saat sakaratul maut kerana syaitan akan menjelma dengan rupa paras yang indah dan mengatakan bahawa dia adalah tuhan. Maka kalau percaya, kafirlah. Maka kerana itu kena selalu doa diberikan khusnul khatimah, pengakhiran hidup yang baik.  Kalau di bahagian permulaan dan pertengahan kamu sudah tak kuat, maka bagaimana  kamu nak hadapi semua di bahagian pengkhatamn nanti?

Allah.
Jadi memang nak taknak, kita kena kuat. Aku yakin, dan aku percaya, Tuhan tahu usaha kita macam mana. Tuhan tahu hati kita macam mana. Tuhan tahu diri kita macam mana. Dia takkan bagi sesuatu yang kita tak mampu. Kalau rasa ujian tu gedebuk atas kepala rasa macam nak terjatuh, kuatlah, kerana tidak ada bebanan dari Tuhan yang kita tak mampu tanggung.

Bukaklah Al-Qura'an, Surah Yunus ayat 44. Bacalah dengan hati.

Andaikata timbul dalam hati itu perasaan malu untuk bertudung labuh di saat orang lain hanyut dengan dunia, ingatlah satu perkara. Even superhero kartun pun ada kostum mereka sendiri yang khas, apatah lagi kita manusia, yang katanya mengaku cinta Allah dan Nabi, juga ada kostum khas. Maka jangan malu. Jangan malu amalkan sunnah. Jangan malu pakai pakaian sunnah.

Andaikata timbul dalam hati itu perasaan benci pada kawan kerana sikapnya yang sekian dan sekian, ingatlah mereka itu manusia biasa. Kita juga manusia biasa. Pasti ada juga sikap kita yang orang lain tak suka. Mana yang salah tu, perbetulkanlah dengan hati yang lembut. Bila kita ditegur pun, terimalah dengan hati yang lapang. Bersyukurlah masih ada yang sudi menutupkan kain kita yang terselak.

Buat kalian yang juga mencari Tuhan seperti aku,
Kita sama-sama kuatkan diri, ye?

Jangan risau, dunia ni sementara je. Akhirat nanti tu, kekal sampai bila-bila. Maka bertahanlah untuk 'sementara' ini.



Surah Muhammad, ayat 36.


Pencari Tuhan,
Adawiyah Md Hazali.
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.