❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Hadiah dari Tuhan.


Bismillah.
Hari itu, hari lahir aku. Aku tak expect something special pun, sebab aku memang jenis tak suka orang sambut birthday aku. Memang kalau boleh taknak ada yang ingat pun, ha gitu. Taknak orang wish sana sini, bagi hadiah lah bagai. Aku sendiri tak tahu nak bagi jawapan apa dan macam mana bila orang tanya, kenapa tak suka sambut birthday sendiri? Mungkin aku tak suka tengok orang lain bersusah payah menceriakan aku pada hari lahir aku, atau beria mencarikan hadiah bla bla bla. Tak, aku tak suka.

Balik pada tadi, hari itu, hari lahir aku. 7 Oktober. Pagi itu, aku bangun 2.45pagi. Bilik aku tingkat atas (tingkat satu). Dewan makan dengan tempat sidai baju ada dekat bawah. Nak turun ke bawah tu, kena pakai niqab, pakai kain. Jadi pagi tu, aku nak siapkan semuanya cepat, sharp pukul 3.00pagi aku dah dekat Raudhah (surau), untuk qiam dan mengaji. Ini plan aku malam semalam, untuk pagi ni.

Lepas mandi, kemas katil apa semua, aku keluar dari dorm, perlahan-lahan supaya yang lain tak terjaga. Sambil aku berjalan, tangan terus ikat niqab dekat kepala. Tangan sebelah kiri tersangkut baldi yang berisi baju yang baru dibasuh yang dah tersangkut dengan hanger untuk disidai. Sampai di bawah, terus aku sidai baju. Masuk dewan makan, ambil sudu, minum madu sesudu. Inilah nikmat kemanisan yang paling aku nikmati. Ahaha.

Tengok jam, 2:54pagi. Ada baki lagi 6 minit. Aku bingkas bangun menuju ke sinki, basuh sudu tadi. Sampai je dekat sinki, aku terjumpa sesuatu. Melihatnya, aku jadi tersenyum sendiri.


Aku jumpa benda ni.

Pagi-pagi lagi, dah diberikan hadiah oleh Tuhan. Entah bagaimana, tarikh luput roti tu boleh ada dekat situ. Aku jadi tersenyum sendiri. Aku tengok jam, 2.55pagi. Terus aku ambil hadiah itu, masukkan ke poket jubah. Letak sudu, dan terus jalan ke Raudhah untuk qiam.

Hati aku pagi tu, berbunga-bunga.

Ya memang, cuma tag tarikh luput roti. Tapi kan, setiap sesuatu perkara itu datangnya dari Dia? Aku berasa ia sangat indah, bagaimana Dia bisa mengatur entah sesiapa, aku sendiri tak tahu siapa yang Dia gerakkan, untuk tak terus buang tag tu dekat tong sampah. Malah ia terletak elok dekat sinki.

Lalu pagi itu aku menjadi insan pertama yang melihatnya di situ. Boleh je malam tu, ada insan lain yang nampak tag tu sebagai sampah, terus saja dibuangnya di tong sampah. Kan nanti sinki itu kosong.

Tapi ternyata tidak.
Aha, mungkin semua fikir aku ni pelik. Tak apalah. Tapi ya, itulah hadiah yang paling bermakna buat aku.

Terima kasih,
Tuhan.










Appreciate little things.
"من لم يشكر الناس لم يشكر الله"
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.