❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Senyum.




Bismillah.
Entri yang ringkas je InshaAllah. Cuma nak kongsi sikit pasal teguran. Tadi aku ada tanya orang, dia lebih selesa untuk ditegur secara direct atau lembut atau thru wasap je ke cemana.

Dan banyaklah jawapan yang aku dapat. Tapi kebanyakkannya selesa untuk ditegur secara direct tapi lembut. Tapi ada dua tiga respon yang aku dapat, diaorang kata tegurlah cemana pun, dia ok. Dan ada satu tu dia bawa aku masuk dalam fikiran dia. Alhamdulillah ada input yang aku dapat. Walaupun pada mulanya aku macam, kau nak apa sebenarnya ni hahah ok dah.

Ok balik pada tadi, dalam konteks yang ditegur, memang kita tak patut demand pun untuk ditegur dengan cara yang bagaimana. Sebab kita memang fitrahnya ada perasaan, ada rasa. Even orang cakap macam biasa pun kita tetap ada rasa. Rasa seronok mendengar, rasa kelakar, rasa sakit hati misalnya. 

Jadi bukanlah salah si penegur kalau dia tegur cara kasar macam mana pun. Tapi kita, sebagai yang ditegur, terimalah. Kita pun bukan boleh kawal orang, aha. Tapi kalau kita sebagai yang menegur, kena tahulah orang yang kita tegur tu cemana. Bukan boleh main semborono tegur. Hikmah, gitu. Perlukan pemerhatian yang lebih pada dia yang kita nak tegur. Perhatikan dia ni jenis yang bagaimana apa semua.

Aha tapi aku pun sebenarnya masih gagal menegur dengan hikmah. Sebab aku pun sebenarnya jenis yang cakap direct, straight-to-the-point. Bahasa mudahnya cakap lepas lah. Tapi setidaknya aku tak adalah simpan dalam hati, pendam dan peram sampai satu tahap meletup ke apa. Tak, aku bukan jenis yang gitu. Aku kalau lepas time tu pun, time tu je lah. Lepastu ok balik dah, boleh gelak lagi. Tak ada tarik muka ke apa.

Doakanlah aku. Doakanlah sesama kita ni ha. Dapat jadi orang yang sabarnya tiada had.

Okay sebenarnya aku cuma nak cakap dekat sini, apa pun, kalau orang tegur kita dengan cara cemana sekalipun, terimalah. Ye? Sebab kalau nak tunggu tak terasa ke apa memang sampai kesudahlah jawabnya. Dan untuk kita yang menegur orang pun, berlembutlah walau dibalas dengan apa pun. Beranikan diri untuk tegur apa yang salah. Dan sediakan diri untuk terima segala kemungkinan. Ingat dalam kepala, tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni selain baginda. Jadi tak perlu ego.

Senyumlah sikit, ☺️
Fi hifzillah.
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.