❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Un-expected.



Bismillah.
Kau nak tahu, haritu aku masuk musabaqah hafazan Al Quran. Pada awalnya aku masuk saja saja, tak target untuk ke peringkat seterusnya pun. Masuk sekadar cari pengalaman, sebab sebelum ni aku masuk pertandingan pun dengan sekolah sekolah biasa. Ini sebab aku masuk pondok kan, jadi nak tahulah cemana suasana dia ha gitu.

Habis saringan pertama...

Tiba-tiba Ustazah bagitahu aku dengan tiga orang sahabat (yang masuk kategori sama dengan aku), terpilih untuk ke saringan kedua. Aku pun macam.... kau biar betul. Rasanya haritu aku punya mengantuk waktu tu sampai aku terlelap dekat depan masa jawab soalan. Weh terlelap weh. Kau boleh bayangkan tak cemana ya tuhan.

Memula dengar soalan, ok aku sambung ayat. Pastu ayat kedua, aku pejam mata sebab nak bayangkan ayat tu dekat mana, sebab ayat tu mutasyabihat (ayat yang lebih kurang sama dengan ayat lain). Kononlah tawajjuh (baca: khusyu'). Sekali kau, aku terlelap. Aduhai.

Aku baca tanpa sedar. Memang sebutan semua tak jelaslah jawabnya aduhai. Lepastu sedar balik bila nak habis ayat tu. Lepastu juri tu suruh berhenti. Soalan lepas tu soalan tafsir. Time soalan tafsir tu baru aku segar sikit sebab aku eksaited sikit nak jawab tafsir. Tafsir aku lepaslah sebab dia suruh tafsir surah As-Syarh (Al-Insyirah) je.

Tu saringan pertama.

Tahu saringan kedua aku cemana? Haha. Tak lancar weh. Nervous aku masa tu memang tak tahu nak bagitahu cemana. Tuhan je lah tahu aku punya tahap lancar tak lancar tu cemana. Sehari sebelum tu aku migrain teruk. Jadinya memang tak mengulang pun. Kelmarinnya kelas kitab, tak ada kelas quran. Aku cuma lancarkan satu juzu' je. Boleh bayang tak aku punya takut masa tu cemana?

Dapat soalan... ok aku jawab je mana ada dalam kepala. Salah tasydid. Ok aku sabar. Teruskan je baca. Tapi tak lancar weh, tak lancar kau faham tak ya Allah. Setiap ayat aku baca ada sekat dia. Memang kat depan masa tu dah down gila dah. Macam dah taknak baca dah kalau boleh. Patah semangat habis kot. Tapi ha jawab je lah kasi habis en. Hati dah macam apa dah dia punya tawar tu.

Soalan terakhir soalan tafsir. Guess what? Aku dapat soalan yang sama macam masa aku saringan pertama haritu. Surah yang sama. Aku masa dengar tu, alah soalan sama ke. Tapi aha jawab je lah. Lancarlah jadinya sebab soalan sama. Balik tu memang kata aku tak dapat final kot. Kalau dapat tu boleh kata memang rezeki Allah nak bagi ah.

Sekali kau....

Aku ke final. Tak tahu nak rasa apa. Seronok ada. Tak percaya ada. Sedih pun ada bila fikir balik. Istidraj ke apa aku ni. Quran aku tak lancar. Ada lagi ramai peserta lain yang lagi lancar lagi sedap bacaannya. Apalah sangat nak dibandingkan dengan aku yang tak ada lagu ni. Takut weh. Gila ke apa. Ya Allah. Tak tahu nak cerita cemana. Tapi memang aku tak percaya aku dapat. Ya Tuhan. Rahsia apa Dia nak bagitahu dekat aku ni?

Orang pandang aku masyi. Quran lancar. Hakikatnya tak langsung pun. Ya Rabbi. Hikmah apa yang Kau nak tunjuk dekat aku ni? WaAllahi, un-expected sangat benda ni. Dahlah final buat dekat Yayasan Restu, tak buat dekat tempat sebelum ni (Maahad Tahfiz lil aytam). Boleh agaklah nanti orang ramai... aharhar.

 Doakanlah yang terbaik untuk aku. Tak mengharapkan johan ke apa pun. Cukuplah rahsia dan hakikat menghafal Qura tu sendiri yang aku nak. Dapat masuk bahagian yang ada tafsir pun dah cukup bersyukur sebab buat aku jadi faham dan ingat juzu' yang selama ni hafal dan mengulang hanya di bibir.

- - -

Cerita pasal hafal Al-Qura'an ni, aku teringat pesan Abuya. Zaman sekarang ni ramai orang pandai, tapi tak ada adab. Ramai yang hafal Al-Qura'an, tapi dia tak berakhlak dengan akhlak Al-Qura'an. Ramai yang hafal Al-Qura'an, tapi untuk kepentingan dunia.

Ustaz nak kamu hafal, kamu dapat. Kamu hafal, akhlak kamu molek. Kamu alim, adab kamu tinggi. Jangan sampai Quran yang kamu hafal besok jadi hujah untuk kamu ke neraka.

- - - 


About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.