❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Getting up


Bismillah.
Aku tak tahulah kenapa, dan aku pun tak tahu dari mana aku tiru, dan sejak bila, tapi aku ada satu tabiat pelik. Aku suka letak smiley, dengan segala kata-kata semangat (well, aku assume benda tu sebagai kata-kata semangatlah untuk aku, tak tahulah pada orang lain cemana) dekat semua barang-barang aku. Hampir setiap barang-barang aku ada smiley tu, dan yang muat aku tuliskan kata-kata semangat, aku akan tulis.





It do helps me, a lot. Memandangkan aku duduk dekat pondok, tak ada member yang dari dulu sehati sejiwa dengan aku, susah juga kadang. Ada je waktu-waktu bila semangat jatuh apa semua tu. Dan dekat pondok, secara jujurnya, tak ada siapa yang betul-betul aku selesa berkongsi cerita dan rahsia walaupun pada asatizah (guru-guru) aku. Masalah besar macam mana pun, I'll keep it inside.

Oh tak, jangan salah faham. Mereka orang yang baik. Tak bermakna aku tak sudi berkongsi cerita pada mereka tu menunjukkan mereka tak baik, tak. Cuma tak apalah, aku taknak ramai sangat yang tahu pasal aku. Lebih selesa kalau yang pegang rahsia aku tu orang yang sama dari dulu. Dan untuk kau, yang dari dulu menjadi sumber kekuatan aku selama ni, terima kasih banyak. Tuhan je mampu balas semua tu.

Jadinya... bila aku tak ada siapa untuk bagi aku kata-kata semangat, barang-barang akulah yang akan bagi semangat tu dekat aku. Ahaha, which means aku bagi semangat pada diri sendiri dengan cara yang begini. Sebenarnya hampir kesemua barang peribadi aku, ada tertulis kata-kata semangat. Kata-kata yang aku tuliskan untuk bekalan aku bila aku jatuh. Cuma yang sempat aku tangkap gambar sebelum aku bawak pergi pondok, cuma ini.

Tapi ada juga kata-kata dari insan istimewa yang aku quote-kan dan tuliskan. Dan ya, semestinya ini lebih beri kesan pada hati. Seronok rasanya bila ada yang sudi bagi semangat, yang sudi mendoakan. Tu semua hadiah dari Tuhan yang aku takkan mampu habis mensyukuri nikmat tu.

Jadi untuk kau yang dekat sana tu, kalau rasa nak cuba cara ni untuk ceriakan diri sendiri, untuk bangkitkan diri sendiri bila jatuh, untuk terus tabah bila ada musibah, boleh je kau guna cara yang aku guna ni. Tulisan buruk pun takpe, yang penting benda tu datang dari hati yang semangat nak tolong diri sendiri bila diri sendiri jatuh. Kutip je lah quotes yang bersepah dekat internet ni. Pilih mana nak.

Takpe, aku faham fasa kesedihan yang mungkin sedang berlangsung pada diri kau. Atau mungkin kau tengah down, takpe. Chill. Tapi jangan terus mengalah. Take 5, rehat kejap. Tarik nafas semangat yang baru, lepastu jalanlah. Kau tetap kena terus melangkah.

Perjuangan perlu diteruskan. Terus kuat, ok?
Dia ada weh, Dia ada.
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.