|
Hakikat Aku tidak mudah menerima kata-kata orang. Dan aku tidak mudah memberi kepercayaanku kepada orang. Ketahuilah wahai teman-teman, walau zahirnya aku masih melayan dengan baik dan ramah-tamah, namun percayalah, kepercayaanku tidak setinggi itu. Mungkin dia boleh kata begitu dan begini, tapi percayalah, yang aku pegang bukanlah semata-mata kata-kata, tapi tindak tanduk dan dirinya sendiri. Dan dari situ aku akan nilai semuanya. Mungkin memang tidak secara menyeluruhnya, tapi cukuplah untuk aku menilai dari situ saja. Aku bukanlah seseorang yang bodoh dalam menilai. Dan tahukah kau? Aku menjadi begini kerana aku telah mengetahui selok-belok permainan lakonan manusia. Telah aku kenali pentas dunia ini seawal aku remaja. Dan kerana itu, aku menjadi sesederhana ini. Sederhana dalam pergaulan, sederhana dalam kepercayaan dan sebagainya. Biarlah circle aku kecil sekalipun, aku masih punya Allah untuk aku sandarkan segala macam urusan. Dan kerana itu, aku lebih memilih untuk tidak begitu menaruh sayang pada manusia. Sesederhana saja. Cukuplah hanya budi dan bakti, masa dan tenaga aku berikan pada insan-insan yang aku sayang. Akan aku bantu semampunya pada saat diperlukan. Tidak perlu kepada ucapan hari lahir, hadiah yang surprise, baju yang indah, gambar yang indah, caption yang sweet dan bagainya. Kerna apa erti hadiah hari lahir yang berbagai, kalau masih banyak hal yang tidak dapat difahami? Apa erti gambar bersama yang indah di instagram, kalau hati masih saling mencurigai? Apa erti ucapan indah di setiap hari lahir, tapi masih belum mampu menerima kekurangan? Begitulah pentas manusia. Zahirnya bahagia. Tapi bahagianya hanya basa-basi. Bukan kekal di hati. Dan bukan untuk hidup bersama. Hatinya masih jauh, walau jasad sebelah-menyebelah. Jujurlah, dalam memberi rasa. Manusia punyai hati untuk merasa. Dan punyai akal untuk menilai. Cukup-cukuplah bersembunyi di balik luaran yang berhias indah itu. Baunya masih bisa dihidu, tahu? :) |
About
![]() ❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞ P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih! Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^ Selamat membaca! Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
|