❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Crumple

Catatan 23 Julai 2020.
Malam majlis zikir bersama Ummi dan Ayahnda.

=======================================


"Ibarat macam bayang-bayang.
Boleh ke bayang-bayang kita bergerak dengan sendiri?
Dia mesti akan bergerak dengan pergerakan kita.

Macam kalau saya karate batang pokok, pokok tu patah atau lebam, kesan patah/lebam itulah kita akan nampak kuatnya saya."
— Ayahnda.

------------

"Sanad ni barakah dia lain. Kesan dia pada diri tu lain. Macam ada imam dekat masjid tu, dia ada sanad quran dengan syeikh, yang sampai pada Rasulullah SAW. Walaupun dia tak hafiz 30 juz, tapi bila dia baca dalam solat tu, kita boleh rasa khusyu' tu. Jiwa kita tu tak melayang. Bermakna ada limpahan di situ. Dengan sebab dia dapat limpahan daripada gurunya, gurunya mendapat limpahan daripada gurunya, gurunya gurunya teruss sampai kepada Rasulullah SAW. 

Itulah apa yang kita nak sebenarnya. Sejauh mana sesuatu ilmu itu, memberi kesan pada jiwa kita kerana ada limpahan cahay itu."
— Ayahnda.

------------

"Sekarang banyak kata ini orang hakikat, orang hakikat. Kita memang berhakikat, tapi cara kita itu mengikut jalan syariat. Hati kita yang memandang kepada hakikat. Kita masih pegang pada syariat.

Macam ada dikisahkan di dalam kitab, yang ada anak muridnya tu terpaksa dipenjarakan oleh gurunya kerana memandang semuanya milik Allah. Dia mengambil barang di kedai tanpa membayar kerana memandang semuanya milik Allah. Dan ada pula, anak muridnya diuji diberikan karomah, bila dia pandang saja makanan tu, makanan tu akan datang masuk ke dalam mulutnya. Gurunya kata pada anak muridnya yang lebih kurang, "Ittaqullah" (bertaqwalah kepada Allah). Anak murid tu kata aku tak mintak, Allah yang gerakkan makanan tu datang pada aku. Lalu guru tu bawa anak murid tu jumpa tuan kedai tu bagitahu, makanan engkau terbang ke dalam mulutnya, apakah engkau menghalalkan atau tidak. Tuan kedai tu kata tak, aku berniaga aku menginginkan keuntungan. Lalu guru tu minta anak murid tu bayar.

Kita berhakikat, pada pandangan hati. Dan kita juga masih mengikuti syariat."
— Ayahnda.
(Mafhum kalam).


------------

Istighafar 7x, selawat 7x, fatihah ke ummi terus ke guru, solat hajat solat istikharah.

Urusan hati kita sangat tak boleh nak kuasai dan jangka. Apa yang kita boleh buat hanyalah selawat semoga orang sejuk bila pandang kita, dan fikiran kita tak terganggu dengan mereka.

------------

"Ahad nanti kita jumpa",
kata Ummi sambil tersenyum manis.

------------

Masa nak salam Ummi nak kena balik, Ummi bangun ke pintu, aku mendekat untuk salam, Ummi lalu berkata, "Jom kat luar."

Bila aku nak balik, Ummi dengan Ayahnda bangun hantar aku sampai ke beranda...

Hati aku sedikit tertanya-tanya, tapi aku juga sedar siapalah aku pun. Mereka lebih hebat.. lebih mulia.. pandangan mereka juga berbeza, bukan pandangan biasa, aku ini tiada apanya. Hanyalah cinta ini sebagai bekal yang ku bawa ke sana ke mari...

Mereka lebih lama di jalan ini.. mereka lebih senior..

-----------

Ummi kata hati dah bersih dah.. kena jaga selawat..

"Boleh bersedih... boleh menangis.. boleh merindu.. itu hak kita.. tapi, kena kuat, kuat kerana Allah. Apa-apa semua, Hu Allah."

----------

Senyum Ummi pada aku terasa sangat bermakna..

----------

About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.