|
Malam Itu Nak cerita.. Malam itu, selepas majlis zikir, saya dirawat kawan/anak murid Ummi, saya tak pasti. Tapi waktu tu Ummi dah keletihan seharian tak berehat, jadi saya dirawat dengan 2 orang sekaligus ha gitu. Ummi ada bagitahu pada Cik Anis tu, "kerinduan melampau sampai terlalu kerap menangis." (Ummi menceritakan tentang keadaan saya pada cik Anis). Tak lama tu Cik Anis tu ada tanya saya, "Ada teringat dekat sesiapa ke?" Saya terdiam taktahu nak jawab apa. Dalam kepala, Ummi je lah waktu ni. Aduh nak jawab ape ni. Pastu time tu Ummi yang cakap dekat Cik Anis tu, "Bukan itu... Ini ada pertalian Nur Ilahiah.." Saya pun kurang mengerti apa yang mereka nampak dalam jiwa saya, saya diamkan sahaja. Tak lama tu, cik Anis tu kata dekat Ummi (saya dengar sekali), "Jiwa dia mencari sesuatu..." "Saya nampak ada sorang berjalan di tengah tengah jalan yang lurus..." Time tu tengah dada saya ni sakit ya amat rasanya, mata bergenang tiba-tiba, jiwa bergelojak sangat dengar ayat tu. Memang mata dah bertakung habis, cuma tak tumpah je. Pastu Cik Anis tu cakap lagi, "Ahh.. jiwa dia nak berjalan dengan Allah.." Pastu terus Ummi dengan cik Anis tu aim dekat tengah dada saya. Ummi bahagian belakang badan saya, cik Anis bahagian depan. Tercucuk gitu rasanya waktu tu. Waktu tu saya dengar cik Anis macam panggil jiwa saya, tak berapa ingat ayatnya cemana, tapi lebih kurang, 'kembalilah jiwa masuk kembali'. Saya speechless sangat malam tu. Nak tanya lagi dekat cik Anis tu, apa maksud ayat dia semua tu, tapi sebab time tu ada pesakit lain ada masalah gangguan tak settle lagi. Memula nak tunggu juga.. Tapi waktu tu dah 12 lebih. Simpan je lah hajat tu.. Besoknya dapat tahu merawat pesakit yang lagi sorang tu sampai jam 5 pagi aha. Teringin nak nampak apa yang mereka nampak pada diri saya... Tapi ye lah tak sampai maqam lagi ahaha. Aih ya Allah... penuh misteri. Itu je mampu cakap :') Doakan saya, semoga bisa berjalan sepenuhnya di jalan ini... |
About
![]() ❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞ P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih! Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^ Selamat membaca! Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
|