❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Surat dari ayah bonda.

Bismillah.

Surat dari ayah bonda
buat Adawiyah Md Hazali.

Pergi ke laut luas, anakku sayang
Pergi hidup bebas!
Kerana dunia ini luas...
Selama angin masih berhembusan
dan matahari pagi menyinar dedaunan
dalam rimba dan padang nan hijau

Pergi ke laut luas, anakku sayang
Pergi ke alam bebas!
Selama hari belum petang
dan warna senja belum kemerah-merahan
menutup pintu waktu lampau
Bawalah semangat yang kami bekalkan
bersama taqwa dan juga iman
Jadilah itu sebagai pedoman
Semoga engkau beroleh kejayaan

Jika bayang sudah pudar
dan helang laut pulang ke sarang
bolehlah engkau juga pulang
kembali berehat di balik malam
juga kapalmu rapat dipelabuhan
memungah segala muatan alam!


- - -

Puisi ni, ayah tuliskan untuk aku. Dan ayah berikan dalam bentuk video. Dan video tu ada di tayangkan masa kem. Salah satu slot dalam kem haritu. Feeling masa memula tengok video tu... Speechless. Boleh agaklah kan, sebagai anak, kebanjiran jugak aku dekat situ.

Sebab sebelum video dari ayah aku ditayangkan, ada lagi video-video dari ibu ayah pelajar yang lain, yang boleh tahan menyentuh jiwa. Jadi memang mood masa tu feeling habis. Semua menangis masa tu.

Dan ada satu video, ibunya rakam dari Masjid Quba'. Tak nampak muka, cuma nampak Masjid Quba', dengan ucapan, "Masjid dibina atas dasar ketaqwaan. Maka binalah ketaqwaan dalam diri anak-anak. Terutamanya ... (nama senior aku)."

Pendek, tapi padat. Cukup padu.

Dan ada pula video, ayahnya yang cakap. (Aku kenal ayahnya tu seorang yang sangat pendiam). Tapi nak kata kasih ibu dan ayah, paling comel dan paling sweet, di akhir video tu, ibu dan ayah tu buat bentuk love sesama dengan ucapan, "We love you."

Aku pun banjir. Terharu. Walaupun itu bukan ibu ayah aku. Tapi ya Rabbi, kasih tu. Allah..

Boleh kata lepas tengok video-video tu, ada semacam suntikan kekuatan dari dalam jiwa setiap dari kami. Dan aku kongsikan sikit dekat sini, buat kalian yang juga bergelar seorang anak.

- - -

Aku yakin, ramai di antara kita masih belajar. Umur dah besar. Dah boleh kahwin orang kata. Tapi masih di bawah tanggungan mak ayah. Mungkin ada juga yang cuba mencari duit poket sendiri, taknak terlalu membebankan mak ayah. Mengikat perut dan segala. Aku faham mujahadah tu semua.

Tapi kau juga harus ingat. Susah susah kau, susah lagi mak ayah mencari rezeki. Kau mungkin tak tahu, betapa sesak dada si ayah memikirkan perbelanjaan pembelajaran kau yang bukan sikit kosnya. Belum masuk duit rumah sewa. Duit belanja kau bulan-bulan. Kau pulak berfoya dengan "duit poket kau" membeli itu ini. Entah baju baru, entah kasut baru, entah jubah baru, entah casing phone baru, entah beg baru, entah tudung baru, entah makanan jepun china korea arab turki apa entah yang kau craving kan, dan apa entah lagi yang kau gilakan.

Belanja untuk kau sorang, besar bukan main. Pernah kau kira total belanja kau untuk sebulan tu berapa? Untuk setahun berapa? Dan untuk kakak, abang, adik-adik kau yang lain? Nak dapat duit dari mana?

Aku ulang sekali lagi.
Belanja untuk KAU SEORANG saja dah besar bukan main. Belum termasuk adik-beradik kau yang lain. Belum termasuk duit kereta duit makan sehari-hari mereka di rumah.

Tapi keputusan peperiksaan kau?

Masih biasa-biasa. Tak gempak mana pun. Entah-entah lulus cukup makan. Dan yang paling menyedihkan, adab dan akhlak kau masih begitu. Ibadah kau masih biasa-biasa. Berbaloi ke mak ayah kau laburkan segala tenaga untuk kau yang sekarang ni? Dan bila kau cuti balik rumah pun... Keberadaan kau di rumah itu meringankan mereka atau membebankan mereka?

Fikirlah. Fikir.

Sampai bila kau nak leka begitu. Sampai bila kau nak terus berada di situ? Tak begitu cemerlang dalam pelajaran, takpe, aku faham. Tapi takkan perangai, akhlak, adab dan siasah pun........... ke laut juga?

Setidaknya weh, setidaknya, jadilah anak yang soleh solehah. Tak mesti kau jadi imam baca sedap pakai tudung labuh sampai lutut pakai serban dan segala. Tak.

Tapi cukup jaga solat. Jaga qiam. Jaga dhuha. Jaga aurat. Jaga hati mak ayah. Jaga pemakanan dan segala. Mak dan ayah kau, habiskan hidup mereka untuk besarkan kau dan adik-beradik kau yang lain, untuk lihat anak-anak mereka bahagia. Dan melihat anak-anak mereka bahagia, juga membuatkan mereka bahagia. Sedalam itu kasih mereka pada kau. Sebesar itu pengorbanan mereka pada kau.

Berbaloi ke kau balas titik peluh mereka selama ini dengan keadaan diri kau yang sekarang?
About

❝ Jangan hanya kerana dunia yang bersifat sementara ini, kita korbankan Akhirat yang selamanya.❞


P.s; entri dekat sini semua marhaen je. Sekejap guna saya, sekejap guna aku. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Terima kasih.
Tagboard
Leave your comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Be Honest


Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.