❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Cerpen : Hidangan Istimewa


Judul : Hidangan Istimewa.
Karya : Albino.


"Terima kasih kerana belanja saya makan di restoran mahal ini" kata si gadis lembut. Sudu dan garfu diletakkan kemas di atas pinggan. Wajahnya menguntum segaris senyuman.

"Sama-sama" balas si jejaka.

"Awak, habiskan lah makanan itu" kata si jejaka lembut. Matanya tertancap pada pinggan si gadis itu. Makanan masih satu per tiga bersisa. Hatinya sedikit berapi.

"Maaflah, tapi saya sudah kenyang" jawab si gadis.

"Oh, begitu. Eh, awak mahu tidak melihat pejabat saya?" tanya si jejaka, berharap si gadis akan setuju dengan ajakannya. Api di hatinya kian membara, tapi di pendam sahaja.

"Boleh juga, teringin benar saya mahu melihat pejabat syarikat ternama seperti syarikat awak" jawab si gadis sambil tersengih. Jejaka di hadapannya itu seorang yang kaya-raya. Wajahnya tampan sekali. Hatinya terpaut pada keluhuran dan kesopanan si jejaka. Sudahlah baik, kacak pula.

Dalam di gadis tersenyum sendiri memikirkan betapa romantisnya dia bersama jejaka itu, si jejaka tersenyum sinis melihat si gadis. Lagaknya dia seperti merancang sesuatu.



Di sebuah bilik yang kosong dan gelap.

"Uhhh… Saya di mana ni? Kenapa kepala saya berpinar. Ahhh sakitnya" kata si gadis baru sedar. Dia kini berada di suatu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana. Badannya sakit-sakit. Tangannya diikat kebelakang kerusi, kakinya diikat pada kaki kerusi. Ketat sekali.

“Oh, awak sudah sedar? Saya tengah siapkan hidangan istimewa untuk awak. Kalau awak sudah lapar sangat, awak boleh makan dahulu makanan yang saya dudah sediakan itu. Ada atas meja. Makanlah” kata si jejaka sambil membetulkan cermin matanya lalu memotong kepingan daging-daging mentah. Baju putihnya berlumuran dengan darah pekat. Pisau yang dipegangnya penuh dengan darah. Hanyir.

"Meja …" si gadis mencari-cari kelibat meja dalam kegelapan bilik itu, perutnya memang sudah lapar. Ah itu dia. Meja ada dihadapannya. Dan ya … Ada hidangan di atas meja itu.

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhh!” jerit si gadis sekuat-kuatnya. Matanya bulat membuntang melihat hidangan yang ada di atas meja itu.

“Mengapa?” tanya si jejaka yang kian mendekat pada si gadis.

"Itu … itu …. Kaki manusia! Ahhhhhhhh!"

"Hahahaa… Kenapa? Sedap tahu. Apa kata awak cuba rasa bola mata ini dahulu? Nampak lazat bukan? Tangan itu, kaki itu, bola mata ini, semuanya milik seorang datin. Kelmarin saya keluar makan bersama dia, makanan dia banyak yang tak habis. Awak tahu dia kata apa?"

"Dia kata, "Saya sudah kenyang lah! Bukannya masalah besar pun kalau buang makanan ini. Dekat luar itu, berderet pengemis mahukan makan makanan terbuang. Anjing liar pun ada banyak. Apa susah.' "

"Sekarang …" kata si jejaka seraya menarik pinggan yang di atasnya terhidang sepasang kaki manusia yang masih berlumuran dengan darah. Dicedok kuah darah itu dengan sudu perlahan-lahan.

"Awak rasalah darah kaki orang yang suka membazir macam awak. Mari saya suapkan" kata si jejaka tersenyum lalu menghalakan sudu yang berisi kuah darah kaki itu ke mulut gadis itu.

Suasana romantis yang sangat mengerikan.

"Ahhhhhh!" jerit si gadis sepenuh hati, kepalanya dipalingkan ke tepi, air matanya bercucuran mengalir membasahi pipi lembutnya.

"Saya janji. Saya janji saya takkan membazir lagi! Lepaskan saya. Lepaskan saya!"

Si jejaka tersenyum sinis.
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.