❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Nur Searcher.


Nur Searcher.
Begitulah dahulu, namanya di pencicip. Jujur, saya pelik juga dengan nama itu. Tapi apabila saya mengetahui hakikat yang sebenar, memang nama itu sesuai dengannya.

Kak Nur Jannah -- Yunjuan Chai.
Seorang kakak yang saya sayangi meski tidak pernah bersua muka.
Seorang insan yang saya kira, sangat penyayang dan pandai memujuk.

Jujur, saya suka mengadu kepada insan ini. Sebab setiap kali saya mengadu, pasti sahaja jawapan yang diberikannya memujuk hati dan mampu membuatkan saya tersenyum-senyum sendiri atau mungkin tersentak untuk beberapa ketika.

Nur Jannah.
Orangnya mulus. Wajahnya manis, tubuhnya tinggi. Suka kepada kanak-kanak. Dan yang paling penting; Dia tetap akan tersenyum dan 'chill' walau apa pun yang terjadi. Biarlah ribut apa pun yang melanda, dia tetap sahaja begitu. Seorang insan yang saya kira, cukup qowiy menempuh lecak dan lubang-lubang lumpur kehidupan yang memerangkap. (Menggunakan onak dan duri adalah klise. K. Tetiba. Ok abaikan.).

Kak Jannah, terima kasih banyak.
Terima kasih yang tidak terkira buatmu, hai kak Jannah, kerana setia membaca luahan hati saya selama ini. Setia memberi nasihat buat saya yang masih tidak cukup makan garamnya. Akak yang memberi kekuatan pada saya, pada saat saya yang sewajarnya memberikan itu pada akak. Allahu.

Secara jujurnya saya tidak sangka ukhuwwah kita akan semanis ini. Seindah ini. Seutuh ini.

Nur Searcher,
semoga akak bisa ketemu dengan cahaya yang dicari-cari itu. Jangan lupakan saya, kak. Saya sayang akak. Meski kita jarang-jarang bertegur sapa, tapi kidung doaku sentiasa menyusulmu dari belakang. Semoga akak kuat, dengan segala macam ujian dan dugaan.

"She is so far, yet so close, so far yet so close."
-Nur Jannah.


Terima kasih, untuk segalanya, kak Nur Jannah.






Yang sedang menanti jemputan Illahi,
MuslimahRokes.
(Adawiyah Md Hazali.)

23 April 2014.
5.36 pagi.
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.