❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Just a random thoughts.




Bismillah.
Aku cuma terfikir, apakah yang jahat itu selalu yang besar-besar, atau si kecil cili padi yang berjemaah? Atau apakah mereka sama saja?

Yang membunuh itu memanglah Si Jerung, tapi yang lebih mencarik daging sampai tidak bersisa itu kerja si kecil pirana.

Situasinya sama dengan makan daging member sendiri. Selalunya akan ada sorang yang buka cerita, lalu ditambah lagi dengan ahli-ahli persatuan yang lain, menyambung legasi hingga akhirnya mesyuarat agung tergempar itu berakhir dengan penuh kebencian dan iri hati yang teramat mendalam.

Siapa yang bersalah?
Aku berani kata, salah semua. Si jerung yang mula menggigit besar juga salah, si pirana kecil juga salah. Memang, katanya si pirana kecil takkan mencarik daging andai si jerung tidak mula menggigit. Tapi ah, bisa saja terus ditegah, dirawat kembali kesan gigitan itu. Balutkan ia dengan sangka baik. Atau paling tidak, terus pergi saja dari situ. Habis cerita.

- - - - - - - 

Kita semua diberikan pilihan. Pilihan-pilihan yang ada masa terlalu rumit untuk dirungkaikan, dan ada masa kita cuma pilih ikut selera, tidak perlu fikir panjang. Kerana ia bukan perkara yang besar pun. Tapi ada perkara, kita perlu memilih dengan tepat. Untuk menjadi yang lebih baik, pasti saja, pilihan kita harus yang terbaik. Cabar diri sendiri untuk pecahkan rekod diri sendiri setiap minggu. Atau lebih baik, setiap hari.

Kita semua sebenarnya sedang menuju ke arah itu. Lambat atau perlahan itu tidak penting, yang penting momentum kita. Terus saja melangkah. Dia ada di sisi, sentiasa membantu walau pada saat kita begitu semangat. Kerana siapalah kita pun tanpa kasih sayang dari Dia.

Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku cuba sampaikan. Semoga kalian mengerti. Maaf atas segala kekurangan. Ini pun cuma idea yang sangat rawak. Ambillah mana yang baik, yang buruk tu, campak jejauh.


Al-faqirah,
Adawiyah Md Hazali.
28 Disember 2016.
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.