❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Some scribbles in my mind.


Bismillah.
Apa maksud kaya?

Banyak duit?
Rumah besar?
Ramai pekerja?
Pengaruh yang besar?

Apa maksud kaya-raya?

Banyak harta?
Harta yang melimpah-ruah?


Lalu apa maksud Maha Kaya?


Memiliki segala-galanya?
Menguasai segala-galanya?


Kalau dah ada segalanya, apa lagi yang dimahukan?

- - - - - - - - - - - - - -

Kita kerja, cari duit, sebab apa? Sebab nak kaya?
Kita nak kaya sebab apa? Sebab nak bahagia?
Bahagia tu ada bila kita kaya je ke?

Kalau kita dah bahagia, apa lagi yang kita nak?
Dan paling penting, kenapa kita nak bahagia?

- - - - - - - - - - - - - -

Apa makna bahagia?
Bila kita akan bahagia?

Bila bersama yang tersayang?
Bila kita mampu tersenyum walau dalam badai melanda?



Sekali lagi, kenapa kita nak bahagia?

- - - - - - - - - - - - - -

Aku bukan nak peningkan kau dengan persoalan-persoalan merapu aku, tapi cuba fikir dengan tenang. Bukankah itu semua hakikat kehidupan kita? Daripada kita lahir, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, berenang dan sebagainya. Daripada tak tahu apa-apa, sedar-sedar dah dekat universiti. Kita nak apa sebenarnya?

Tak, bukan.
Apa sebenarnya yang kita nak dengan sebenar-benar nak?

Nafsu kita terlalu nakkan dunia. Terlalu nakkan keseronokkan yang merosakkan. Walhal perkara itu bukan fitrah kita. Bukti? Heh, pernah ke kau rasa tenang dengan maksiat yang kau lakukan? Pernah? Lalu kenapa kita masih nakkan dunia?

Kita ni, datang dari mana? Kalau benar dari syurga, kenapa kita masih di dunia? Untuk apa kita ada di sini? Bila kita dapat balik ke rumah asal (baca:Syurga) kita semula? 

- - - - - - - - - - - - - -

Bila dah ada segalanya, tak perlu pada apa-apa lagi dah. Inilah hakikat kekayaan yang sebenar. Tuhan yang Maha Kaya, tak perlukan apa-apa dah. Bahkan makhluk lain yang sangat memerlukan-Nya untuk hidup.

Dan pada saat kita tidak punyai apa-apa selain Zat Allah yang Maha Kaya, ketahuilah, kita telah memiliki segala-galanya. Kerana apa? Kerana Dialah Tuhan yang Maha Kaya. Dan ketahuilah, perjalanan mendapatkan kasih Allah dan Rasul ini tiada berpenghujung. Tapi inilah hakikat kebahagiaan yang sebenar. Bila kita dapat kasih Allah dan Rasul-Nya, pastinya, kita akan bahagia dunia dan akhirat.

Aku tahu, semua macam masih pening apa kaitan persoalan semua tu dengan kesimpulan ni. Aku tak tahu nak kaitkan dia dalam bentuk penerangan ayat tu cemana. Tapi cubalah fikir, kaitkan semuanya dengan akal yang waras, keyakinan yang haq. Semoga ketemu hakikat ketuhanan.



Yang masih mencari Tuhan,
Adawiyah Md Hazali.

17 Disisember 2016, Sabtu.
KL, Malaysia.
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.