❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Endless.




Bismillah.

Kau tahu, untuk tempoh tiga bulan pertama ini saja, macam-macam benda dah jadi dekat aku. Aku diuji dengan perkara yang aku paling tak suka. Hingga akhirnya aku terhimpit, tersepit, tak mampu nak buat apa-apa. Cuma sekadar berdoa, mengharapkan kuasa Dia.

Dan aku terlalu penat untuk terus menapak. Terlalu berat bebanannya. Terlalu rumit masalahnya, seakan tidak ada lagi jalan keluar buatku. Tapi kaki ini terus saja melangkah. Walau ada waktu aku hanya menyeret saja kaki ini penuh lemah.

Hinggalah pada saat aku demam, Tuhan akhirnya menegur aku. Sekaligus memberikan aku semangat untuk tetap terus melangkah dengan penuh semangat walau seberat apa pun bebanannya, walau sesukar mana pun laluannya.

Waktu itu aku sedang duduk di Surau Ar-Raudhah, lagi menunggu jemaah yang lain tiba. Tepat dihadapan aku, ada seekor belalang kayu, panjangnya lebih kurang tapak tangan hingga ke hujung jari kelingking. Kepala aku tunduk melihat belalang itu, sedikit tertanya-tanya kenapa dia tidak melompat menjauhi manusia, tidak seperti belalang yang kebiasaannya aku nampak -- sukar untuk didekati.

Rupanya kaki dia yang sebelah kiri bahagian belakang patah, cuma belum terpisah dari badan. Pasti perit. Meraung kesakitan dalam diam, aku kira. Tapi lepastu, tangan dia seperti menindih kaki yang patah tu, dan dia seperti mahu melompat. Aku pelik, tak faham apa yang dia cuba lakukan.

Dia terus melakukan itu, hingga akhirnya kakinya yang patah itu terpisah dari badan. Terus dia melompat meninggalkan aku di situ, meskipun lompatannya sedikit menyenget kerana kaki kirinya sudah patah. Aku jadi kaget. Terkebil aku di situ. Peritnya aku dapat bayangkan bagaimana rasanya. Tapi memang wajar. Ah, tapi pasti sangat azab rasanya, memutuskan kaki sendiri. Ya Tuhan.

Dalam kepala, terus aku jadi teringat sahabat yang menjadikan tubuh badannya sebagai perisai untuk Rasulullah SAW hingga akhirnya tangannya sebelah dipotong oleh kafir Quraisy, dirasakan tangannya itu menyukarkannya untuk bergerak menghunus pedang membunuh musuh, segera dipisahkan terus tangan yang terpotong itu dari jasadnya.

Teringat aku si helang tua yang mematahkan paruhnya yang sudah membengkok untuk menumbuhkan paruh yang baru yang memakan masa berbulan-bulan lamanya. Teringat aku si penguin yang mengeram telur berbulan lamanya tanpa menjamah apa-apa makanan bagi memastikan telur itu mendapat suhu yang cukup panas untuknya menetas nanti.

Itulah nilai pengorbanan. Di situlah letaknya kesabaran dan ketabahan. Di situlah terzahirnya kasih dan cinta. Aku jadi malu. Belalang yang hidupnya sekitar dua bulan (sebulan sebagai nimfa sementara sebulan lagi sebagai belalang dewasa) juga tahu untuk berkorban. Si helang tua juga tahu untuk bersabar dengan tempoh lebih kurang 3 bulan lamanya untuk paruh yang baru tumbuh. Si penguin juga sanggup bersabar menahan lapar yang bukan sekejap demi si anak tercinta. Mereka tahu untuk berkorban walaupun perit.

Ya Tuhan...

Haiwan juga tahu untuk bersabar. Haiwan juga tahu untuk berusaha. Haiwan juga yakin pada perancangan Dia -- akan digantikan kaki dan paruh yang baru kemudian. Walhal hidupnya tidaklah selama jangka hayat kita manusia.

Haiwan pun ada masalah. Tapi tak pernah pula kita lihat ada haiwan bunuh diri sebab tak nak hidup dah, putus asa dengan Tuhan. Kita manusia, yang dikurniakan akal fikiran, tubuh yang sihat, tanggungjawab yang besar sebagai khalifah di muka bumi...kalah dengan haiwan sekecil belalang.

Ya Tuhan, aku malu.


Pada saat aku seakan sudah mahu rebah di lantai, Dia berikan aku teguran. Tepat pada waktunya. Tepat ke hati aku. Allah, malunya aku. Walhal dulu, aku kata aku akan terus kuat di jalan ini. Aku akan tetap terus melangkah meski sangat payah. Lalu sekarang, aku sudah lemah walau baru diuji dengan sedikit ujian.

- - -


Perjalanan mengenal Tuhan ini,
bukan kaki yang melangkah,
tapi hati.



It's endless.
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.