❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Oh dunia.


Bismillah.
Al kisahnya semalam aku dengar Imam dekat surau berdekatan dekat rumah ni baca Surah Al-Haqqah untuk solat Isya'. Sebab pasang mikrofon dekat luar, dan bacaannya kuat dan jelas. Aku yang asalnya tengah makan roti sambil scrolling youtube jadi terberhenti sebentar. Duduk tegak, diam. Otak ligat fikir ini surah apa. Imam tu baca dari ayat 15.


"فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ"
Maka pada saat itu berlakulah Hari Kiamat.


"وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ"
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh).


"وَالْمَلَكُ عَلَىٰ أَرْجَائِهَا ۚ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ"
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.


"يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنْكُمْ خَافِيَةٌ"
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.


"فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ"
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): `Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!


"إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ"
"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"


"فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ"
Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan,


"فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ"
Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya),


"قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ"
Buah-buahannya dekat untuk dipetik.


"كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ"
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"


Kemudian Imam rukuk. Aku di situ, masih diam. Tidak bergerak walau seinci. Otak masih menghadam ayat tu.

Mulut dah berhenti mengunyah. Tinggal kepala yang mengunyah menghadam lumat ayat yang imam tadi baca.

Terus tutup phone, ngaji. Juzu' 29, dok ulang-ulang Surah Haqqah tu tah berapa banyak kali pun aku tak ingat. Dah penat, aku tertidur duduk bersandar dekat katil sampai ke pagi.

- - - 

Kita dah selalu sangat leka dengan dunia. Cukup cukuplah weh. Cukuplah... 

Spent time untuk masa depan kau pulak nanti. Do some savings. 

Hmm.
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.