|
|
|
Kiriman Fatihahku Telah aku tanyakan pada beliau, mengapa setiap kali aku menghadiahkan al-fatihah buat beliau, aku pasti akan menangis. Dan mengapa juga, setelah itu hatiku berasa begitu sakit, perih yang amat sangat. Ajaibnya sakitnya tu memang tepat di hati, tidak di tempat lain. Dan aku, bilamana menghadiahkan al-fatihah itu secara automatiknya akan mengalir air mata. Entah rindu kah, entah sedih kah, aku sendiri tidak mengerti. Lalu beliau mengatakan, bahawa aku merasa sedih sebegitu kerana adanya tautan robithoh dengan beliau. Dan aku merasa sakit begitu kerana al-fatihah itu membersihkan hati yang belum bersih. Pantas saja... Aku memendam rasa ini sekian lamanya, dan baru semalam, 1 Jun 2020 aku tanyakan hal ini pada beliau. Aku tertanya-tanya, kenapa sewaktu aku dirawat, sakit yang tersisa waktu itu adalah di hati, bukan di anggota lain — seperti kebiasaan, aku jadi pelik. Tapi ya memang semua persoalan itu sekedar berlegar di dalam jiwa dan pemikiran, tidak di pertuturan. كم من بعيد قريب، وكم من قريب بعيد |
About
❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞ P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih! Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^ Selamat membaca! Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
|