|
|
|
Tatapan Cinta Assalamua'alaikum wbt, hai! Aku nak share something ni. Tadi petang aku ada join Daurah Syarah Imam Busiri rahimahullah bersanad. Tadi kelas yang kedua, sesi kedua lah maksudnya. Daurah tu disampaikan oleh Usaz Fazirun Al-Hasani. Antara satu kisah yang begitu melekat pada hati aku, kisah tentang Al-marhum Habib Munzir Al-Musawa. Satu masa dulu, pada saat Al-Habib Umar mahu mendirikan Darul Mustofa, Sayyidil Habib Umar ke Indonesia, mengadakan semacam entrace exam gitu untuk memilih pelajar ke Darul Mustofa. Saat itu, ayahnda Habib Munzir yang berkhidmat menguruskan exam. Sewaktu exam sedang berlangsung, Sayyidil Habib Umar berjalan-jalan melihat para pelajar. Dan beliau menunjuk kepada Habib Munzir, dengan mengatakan, "Aku nak dia ikut aku ke Yaman." Lalu ayahnda Habib Munzir mengatakan, "Wahai Habib, masih ramai lagi yang lebih pintar, lebih cerdas daripada dia untuk engkau bawa." (Saat itu Habib Munzir tidak begitu cemerlang di dalam pelajaran). Tapi Sayyidil Habib Umar tetap berkeras mahukan Habib Munzir. Lalu Habib Munzir pun dihantarlah ke Darul Mustofa. Habib Munzir pada saat itu masih tidak tahu berbahasa Arab, bahkan beliau tidak memahami Bahasa Arab. Sewaktu daurah bersama Sayyidil Habib Umar, Habib Munzir tidak melihat kepada kitab kerana beliau tidak memahaminya, maka Habib Munzir hanya menatap wajah Sayyidil Habib Umar penuh teliti dan kagum, sepanjang daurah. Hal itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan para pelajar, kerana menurut mereka Habib Munzir tidak sewajarnya begitu, harus menumpu pada pembelajaran. Lalu Sayyidil Habib Umar bertanya kepada Habib Munzir, mengapa engkau hanya melihatku? Lalu Habib Munzir menjawab, "aku bimbang nanti mata ini sudah tidak mampu menatapmu." ---------------------------------------- Ada lagi sikit sambungan kisah tu, tapi aku rasa, cukup sekadar itu. My point is, Bila aku dengar sampai part tu, aku boleh relate. Sebab sewaktu aku dengan Ummi, aku hanya mahu menatap Ummi. Aku tak mahu berbicara pada Ummi atau apa, cukuplah aku dapat duduk bersimpuh di hujung ruangan, melihat Ummi hanya dari kejauhan, dan aku hanya akan menatap Ummi, melihatnya melayan tetamu, pesakit, anak-anak muridnya dan anak-anaknya. Dihadapan Ummi, aku tak mahu menulis apa-apa, kerana pada aku, menatapnya adalah kebahagiaanku. Bagaimana aku mampu membahagikan kebahagiaanku, kepada catatan semata? Dan kerana menatapnya adalah kebahagiaan hatiku, maka dari situlah aku berusaha untuk menghafal kalamnya penuh teliti.. Bahkan setiap gerak-gerinya, ucapannya, cara duduknya, senyumnya.. Seluruhnya! Iya, aku bisa cukup bahagia hanya dengan menatapnya. Melihat cinta adalah cinta.. ---------------------------------------- من أنا لولاكم؟ ---------------------------------------- — Adawiyah. 26/10/2020, Isnin. |
About
❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞ P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih! Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^ Selamat membaca! Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
|